Aidilfitri
Tak puasa lagi, dah nak cerita pasal raya.
Raya ni I balik kampung Kedah. Mak I yang mempunyai kuasa veto, semestinya, telah menetapkan bahawa kami sekeluarga kena balik ke Kedah walhal dia adalah orang Melaka.
I dah pun membeli tiket flight untuk balik ke Kedah. KUL – PEN, untuk tiket sehari sebelum raya, one-way hanyalah RM113 termasuk tax segala. Berbanding AirAsia yang berpuluh-puluh RM bezanya kerana beli lambat sebulan, baiklah I naik MH sahaja.
Lepas tu, dengar-dengar, kakak I yang kahwin dengan Korean tu (sekarang ni, tinggal kat Mersing) tak boleh nak balik raya pasal dia sedang mengandungkan anak yang ketiga. Huh, kerja buat anak je ke abang ipar I yang Korean ni? Kakak I cakap lagi, by the time nak raya, perut dia dah membesar. So, perjalanan jauh nak balik kampung akan membuatkan dia penat.
Adik perempuan I pulak, kena balik ke rumah mak mertuanya di Pahang. Rasanya, ini adalah kali kedua dia beraya dengan suaminya. So, tinggal I dengan kakak I yang lagi satu. Luckily she’s working in Alor Setar and her husband is a Penangite. Senanglah nak balik raya; lebih-lebih lagi, dia nak tayang kereta barunya. Honda City. Menyampah I. Hahaha.
I tak beli pun tiket nak balik ke KL semula walaupun I tengok harini, PEN – KUL by MH pada Hari Raya ke-2 dan ke-3 hanyalah RM69 one-way. Dengar khabar, raya ke-2, family I akan bergerak ke Melaka dengan kereta baru kakak I. So, I tumpang je kalau nak balik KL. Hish… Makin kuatlah semangat menayang kereta barunya pada I.
Puasa
Penyimpan Mohor DiRaja tu, memang sangat bertahan lama usianya. Setiap kali announcement nak Puasa atau Raya, muka dia je yang keluar. Walaupun agak berusia, nadanya masih tetap sama dari dulu sampai sekarang.
Maghrib pada awal-awal bulan puasa kali ni agak lambat. Mostly around 7.20pm. Not like last year. Hampir semuanya berbuka awal, lebih kurang pukul 7pm. But nak dekat-dekat abis puasa, Maghrib makin cepat, around 7.10pm macam tu.
Setiap kali puasa, I kena beli Dentiste, sejenis ubat gigi yang sangat bagus untuk kita yang tak makan/minum selama berjam-jam lamanya. Click Here untuk entry tahun lepas pasal ubat gigi ni.
My KB call I malam tadi dari London. Sian dia, kena puasa lama. From 3am – 8pm. Nak buat macamana, kan? Semuanya dugaan. I cakap kat dia, niat utama puasa ialah kerana Allah. Selain niat yang utama tu, puasa disusuli juga dengan niat nak kurus dan berjimat duit. Huhuhu.
Puasa kali ni, I akan cuba untuk masak di rumah walaupun kadang-kadang tu, buntu tak tahu nak masak apa dah. Karang I masak benda yang sama je berturut, sure bosan lah plak.
Kerja
Kat office I, kadang-kadang kerja sangat banyak, sampaikan tak sedar masa berlalu. Kadang-kadang tu, sampai tak der kerja langsung sampaikan terfikir banyak benda nak buat (e.g: tengok wayang, karaoke, etc) untuk mengisi masa lapang. Hehehe. Tapi tetap, sharp 4.30pm, terus gi punch card nak balik. Hehehe.
Macam-macam perangai orang kat office I. Ada yang menyerlah bagai nak rak. Ada yang kuat merayau. Ada yang buat kerja light-light je. Ada yang time datang ngan time nak balik je muncul kat office. Ada jugak yang sedaya upaya cuba mengelak agar tidak di’assigned’kan kerja. Huh, macam-macam!
Oh ya. I masuk kerja pukul 7.30am. Yes. I gigih bangun pukul 6am setiap hari. Kalau tak cukup tidur tu, cover masa weekend je!
G.I. Joe
Cerita ni I tengok dengan Apau, last week. Nampaknya, dah ada port baru (sila baca sebagai Masjid Merah yang dah ditukar konsepnya) setiap minggu.
Tak der lah best sangat cerita tu. Biasa-biasa je. Nasib baik Channing Tatum yang berlakon. So, nyaman la sikit mata bila scene-scene topless yang keluar. I suka dia since cerita She’s the Man lagi. Dalam cerita tu, bonjolannya sangat obvious! I like! Hehehe.
Kerana cerita ni macam terlalu merepek dan science fiction nya sangatlah merapu, I terus rate cerita ni sebagai cerita-yang-tak-yah-tengok-pun-tak-pe.
This week plak, nak tengok cerita Up. Sure kelakar & Best!
Akhir kata, Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan cubalah lihat picture di bawah ini. Tenung puas-puas. Ada sesuatu yang tersirat dalam gambar di bwh.